Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Tuesday, November 1, 2011

saya malu.....


Assalamualaikum.w.b.t...

hari ini..
bertemankan rintikan hujan, saya menekan kekunci notebook..
ingin berkongsi rasa dalam diri..

ada cerita disini..

saya punya teman, yang saya kenali sedari kecil lagi..
detik pertemuan kami sewaktu berumur 12tahun


saya kenali dia sebagai seorang yang ceria, peramah dan sangat disenangi oleh orang lain.
Malahan dia merupakan seorang yang sangat cantik(muka ala-ala korea gitu..hehe)

********
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

melangkah ke alam sekolah menengah, kami berpisah..
saya ke sekolah menengah agama, dan dia sekolah menengah kebangsaan
tapi, perhubungan kami tidak putus, meski pun jarang berjumpa,
setiap kali raya, pasti bertemu.



saya mendapat cerita dari teman sekolah rendah yang lain,
bahawa dia sangat 'up-to-date',pakaiannya, gaya rambutnya,

meski pn masih sopan, tapi sayang seribu kali sayang, dia tidak bertudung..

maka,masing-masing meneruskan perjuangan
dalam bidang akademik, melepasi PMR,alhamdulillah kejayaan mengiringi langkah kami
melalui SPM pun begitu, tetapi sudah pasti dia lebih cemerlang,saya sederhana sahaja

******
FASA SELEPAS SEKOLAH

sebelum kami melangkah untuk ke peringkat yang lebih tinggi,

kami sepakat untuk berjumpa dengan semua teman2 sekelas sewaktu darjah 6,
reunion dibuat diperkarangan padang sekolah, seronok dapat kumpulkan semua rakan kelas

masing-masing bercerita tempat yang bakal mereka pergi.
Teman saya ini bertuah kerana dapat menyambung pelajaran
ke korea dalam bidang kejuruteraan.

cikgu-cikgu pun berpesan, jaga tingkah laku, peribadi dan akhlak..

*********
FASA MENARA GADING

sAya tidak terlepas dari mengikuti perkembangannya sepanjang di di Korea,
dulu facebook tak fames lg, jadi berhubung melalui friendster.


melihat gambar2nya di laman sosial,
macam model pun ada, memakai baju ala-ala korea,
dan banyak tempat yang dia lawati disana
cantik sekali, muka dia pun dah macam korea,
kalau orang cakap dia orang korea pun boleh percaya(^^)

*******
kemudian, dari friendster bertukar ke laman facebook,
dan alangkah terkejut bercampur gembira..
dia kini sudah bertudung..bahkan lagi cantik berbanding sebelum ini..


perubahan besar itu, membuatkan dirinya juga turut berubah namun sikapnya yang peramah dan ceria itu tetap ada dalam personalitinya, tapi batasan pergaulannya semakin dijaga..

kini saya mengagumi dia..

dia bukan berasal dari sekolah agama seperti saya
tapi saya sangat malu dengan dia..

setiap kata-katanya mengandungi pengajaran dan nasihat
berhikmah..

bahkan menjadikan saya benar-benar kerdil bila bertemu dengannya


dia menceritakan bagai mana detik pengislaman seorang teman yang berbangsa KOREA sewaktu di islamkan, kerana dia juga turut sama membimbing temannya itu~masyaALLAH

terbaru, dia berpeluang menunaikan umrah, melihat ketengan diwajahnya, saya bersyukur, meskipun diri ini sebenarnya malu


********

FASA RENUNGAN HATIKU

saya mengkaji diri ini..
ya ALLAH, kulihat teman semakin berubah kearah yang lebih baik..

jelas menunjukkan pegangan mereka, cinta mereka terhadapmu semakin utuh

tapi aku???


masih ditapak sama???

bahkan mungkin menurun???

ya ALLAh bantulah daku...

kuatkan imanku...

kuatkan kesabaranku...

hambaMu ini terlalu kerdil dihadapanmu..

*****
temanku itu berkata...dihatinya penuh ketenangan
dia menyatakan..hidayah itu bukan ditunggu ia datang..
tetapi kita perlu mencarinya...

semoga saya juga mampu menjadi seperti beliau
dapat meningkatkan kualiti iman dalam diri..
kerana hidup perjalannya semakin singkat..
dan pengakhiran kita semakin hampir..

ya ALLAH, bimbinglah kami
dalam mencari redhaMU
~Amiin ya Rabb~

wassalam

3 comments:

  1. suke entry ni..manusia mmg boleh berubah..suke tgk kwn2 yg berubah kpd yg lebih baik..semoga kita terus istiqamah.. :)

    ReplyDelete

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...