Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Thursday, December 30, 2010

"Rehlah" bonda

saya suka makanan yg simple,cukup kalau ade kicap,belacan ikan goreng(mst yg rangup..hehe) dan ulam(bese petik kt tepi umah je..ulam smbung nyawa!!)..

masa tengah makan tghri(dlm pukul 11.40am) sy ajak ma dan abah kelua beli brg..kemudian ma kate" jom sebelum kite kelua beli brg..kita g picnic dlu nk tak??"..sy dan adik bukan main gembira..siap bertanya nk pergi pantai mane ma??..ma tersenyum..ikut je la..

pukul 12.30tghri,kami turun dr uma, agak musykil juga,cuaca tak menentu,mendung je,mane ma dan abah nak bawa kami ni..sy sempat bermain teka-teki dgn adik tentang tempat yg bakal kami tuju..humm,kalau ikut jalan,macam nak pergi pantai batu buruk..tp sangkaan kami meleset..kereta terus berjalan melepasi selekoh pantai..humm..berfikir lg kami dibelakang..

kemudian abah masuk ke satu simpang..sebuah bangunan tersergam,besar..berwarna putih..
"ha..dah nk masuk waktu berkelah ni..cepat2..jangan lupa,masuk nnt lepas amik wudhu',terus buat solat tahyatul masjid tau"..tau la kami..picnic yg dimaksudkan adalah picnic rohani..zohor hari ini kami berjemaah di masjid Ladang,Kuala terengganu..alhamdullilah..bangga sy punya ma dan abah..

usai solat,sy bertanya,kenapa tak cakap je nk bersolat kat masjid?? ma tersenyum,manis sekali..kalau cakap awal2,mst hati tu 'Pok Itang' dah rasuk,bg liat sket nak dtg masjid..(Pak itang,maksudnye syaitan..bahasa ganu sket neh)..haha..ma kate gne psikologi utk bawa ank2 beribadah..ma pesan,nnt kalau dh berkeluarga, ajakla suami dan anka2 berjemaah sekali sekala kt masjid..humm,sy sekadar tersenyum,,harap2 la itu yg jd..

Hmm..bagaimanalah keluarga yg bakal sy bina nnt..mampukah ada rehlah sebegini..InsyaALLAH,akan sy usahakan seperti harapan ma dan abah..amiin

~sekian,Rehlah bonda...

puisi sang hati..

pernah aku mencari..
mahligai hati,
untukku berteduh,
buatku rasa bersama..

Ia berdinding kaca,pesona indah dimata
Ia bertangga batu mutiara..
Aku gembira..Aku bahagia
tanpaku sedar bertahan seketika

Aku meniti tangga,
dengan seribu mimpi tersedia..
Namun..sebelum kaki menginjaknya..
aku jatuh,luka dan kecewa..
ku ulang semula pelbagai cara..
untukku sampai keatas sana..
Tetap jua hampa..

hiba kerana harapan yang sama
dialas minda berbeza..tiada jiwa

Biarkan harapanku berlari
biarkan ia mendaki tanpa henti..
tapi aku cuma insan yang rapuh..
untuk bisa tersungkur disudut perjalanan hidup..

lantas..
masa mempertemukan daku..
bukan dengan jiwa seorang manusia
sesuatu yg kujumpa dr tinta
hanya terikat dengan kata2
ibarat pondok yang sederhana
tetapi punya segala..
teguh kayu tiangnya..
terpancak bersama bara

kini..langkahku terus..
berubah untuk kesana..
harapan janji yang sudah pasti
tidak lagi berpaling
bersama simpuh doa..
menuju Cinta Yang Esa..
kerna cinta padaNya
diri tidak akan kecewa..

Wednesday, December 29, 2010

~mereka yang kita lihat bersahaja~

Lewat petang tadi..ku renung jauh dibalik jendela bertirai biru laut, ada rintik2 hujan dan udara yang nyaman..terkadang kutersenyum..terkadang hiba..jiwa berubah bagai cuaca..
"Apa erti semangat sebenarnya???"
hmm..jauh disudut hati,bermonolog sendiri lagi..

Cuba anda jwb,apa yang anda maksudkan sebagai semangat..atau bersemangat??.Adakah ia sesuatu yg kita lakukan dgn bersungguh-sungguh?adakah bila kita melakukan sesuatu kerja tanpa henti???itukah semangat???!! Aku lah penyoal..lantas aku jua yg menjawab..

hidup ini aku lalui bersama pelbagai rencah meskipun kutahu apa yang kulalui ini jika diibaratkan pena,ia baru memulakan penulisan dibahagian pendahuluan.Semangat yang kucari itu sebenarnya slm ini ada disisi,dekat hingga tidak menyedari.Alam itu ada semangatnya,kisah hidupku adalah jua semangat bgku,wajah bonda dan ayahanda,semuanya semangat dalam jiwa.Cinta yang Maha Esa,memberiku semangat yang tidak tersangkal.

Aku hanya ingin mengajak teman2 berfikir.Apa tujuannya kita disini?..disini,ya dibumi ini.Kita hidup tidak lama,entah2 esok terpadam dibalik mata tapi bukan bererti kita harus meninggalkan terus dunia dan ddk berteleku disejadah sahaja.Tidak!bukan itu yang kumaksudkan.

Bertanyalah diri,sempurnakah amalan ku??bacaan solat ku,benarkah tajwidnya??Sujud,rukuk ku adakah menepati rukunnya??adakah saat itu hatiku tertumpu hanya padaMU??Ya Allah,bila difikirkan,aku rs kerdil disisiMU..baru menyentuh perihal solat..bermacam kekurangan

saat kutermenung,terdengar suara bonda mengalunkan ayat suci al-quran.lantasku terfikir perihalnya. Bonda,anakmu ini kau didik sedari kecil. Kau sekolahku tika aku mula mengenal A,B,C..tika aku mahu mula belajar Aaa,Baa,Taa..tika aku mula membilang satu dua tiga..Sekali lagi aku berfikir,sempurnakah aku sebagai anakmu duhai bonda??adakah aku pernah menjadikan derai air matamu kerna kecewa padaku??sungguh jika ku terbayang airmatamu,hatiku turut luluh..maafkan daku bonda.YaALLAH,ampunkan dosa2ku.ampunkan dosa kedua ibu bapaku,kasihi mereka seperti mana mereka mengasihiku~amiin

Duhai teman,mari kita muhasabah diri,agar kita sentiasa menyemarakan bara semangat yang ada.Jangan ia terpadam terus menjadi abu.Ayuh teman!Renung wajah bonda kita,kedutan diwajahnya tidak sedikitpun mencacatkan kecantikannya,tulus dan meresap kejiwa.Jauh mana pun kita,wajah bonda akan muncul dibingkai minda.Renungkan pula wajah ayahanda..jika ketegasannya selama ini menjadikan kita jauh dr mendekatinya.Maka pulang nanti,saat dia terlena dikerusinya,renungkan wajahnya,sedikitpun tidak ada garangnya,bahkan sayu yang dikau rasa kerana selama ini,tangan yang tegas itu yang mencari rezki..kerana selama ini,tangan itu yang menadah doa pada Ilahi,tapi pernahkah kita tahu itu??Maka teruslah membina semangatmu..bukan kerana cinta si uda dan dara..bukan kerana cinta dikampus yg memberi dikau semangat tapi mereka yang selama ini kita pandang bersahaja..

renung duhai teman,bila kali terakhir kita mendoakan mereka..??kita kadang terlupa dek mengejar masa..usai solat kita terburu menutup sejadah..kemudian berlari mencari keseronokan yang sementara..jadi, benarkah kita mendoakan mereka??ikhlaskah kita??..ingat teman..jika hari ini kita melakukan sesuatu tugasan atau menghadapi peperiksaan,dengan sedaya upaya kita laksanakn,tetapi akhirnya gagal..kenapa??mungkin salah satunya tiada restu dr mereka,ayah dan bonda...beringat jua duhai teman,jika hari ini kita jarang mendapatkan restu dr mereka,jika hari ini kita menyebabkn mereka kecewa,jika hari ini kita melawan kata..langkaukan pandangan kita ke masa hadapan.. saat kita menjadi orang tua,balasannya,anak kita akan menjadi dua kali ganda perangainya dari kita,bahkan lagi buruk perangainya~Nauzubillah

Ayuh teman,tinggalkan cinta dunia sementara,pengharapan yang terkadang sia2..
malam ini,atau malam seterusnya,gagahkan diri..bangkit dari beradu disepertiga malam,berdoa,bertaubatlah...doakan ayah bonda.doakan keluarga..doakan teman2 dan kaum muslimin semua..moga bila kita berusaha menjadi ank yg soleh,maka dikurniakan kita zuriat yang soleh jua~amiin,insyaALLAH..

"Rabbana hablana min azwajina qurrata a'yun..waj'alna limuttaqina imama-al-furqan:74"

Sekian~kerana sebenarnya "mereka" yang kita pandang bersahaja itulah pemberi semangat utama!!




Sunday, December 26, 2010

MaLu KiTa TidaK beRtempat.....??

"keluar dgn kawan2 sejenis je??ish..taknak la..nanti org kate aku ni tak reti bersosial plak..sekali sekala nak jugak keluar dengan rakan-rakan yang berlainan jantina..ala..aku bukan buat ape2 pn..kelua tgk wayang dan makan2 je dgn kawan2,kelua bersiar2 je..ala...lagi pun ramai,2 perempuan 3 lelaki..haa..ok la tu..xkan org nk tuduh kami buat bukan2 pn..sembang2 je..xde pe2 pn kn??lg pn xbest la kelua lelaki semua..tak kn tu pn dosa kot??"
kata nazim..bila ditegur kawan serumahnye..dlm dia tidak sedar ada bisikan halus yang menjadikan matlamatnya itu menghalalkan cara..tersenyum syaitan laknatullah saat berjaya menghasut anak adam..

Astaghfirullah..hatiku ini terdetik..adakah itu pemikiran remaja dizaman sekarang..kata seorang temanku..keterbiasaan itu membuatkan mereke melihat sesuatu yang lagha sebagai sesuatu perkara biasa yang tidak perlu diperbesarkan..walhal ianya dipandang enteng..mudah bukan pemikiranya..??tp tahukak kita kesannya??pendekatan pada isu yang kita anggap tidak perlu diperbesarkan..

ya ALLAH..jauhkan aku dari rasa mengambil sesuatu hal itu dr sudut yg mudah..jadikan aku org yang tidak melakukan sesuatu hanya untuk bersuka ria..jauhkan dr perkara yg melaghakan...

alangkah bagusnya jika ini yang terjadi kpd Nazim.."tak nak lah aku kelua dengan bercampur jantina mcm tu..lg pn..xade tujuan yg jelas kenapa mst kelua bercampur..lg best le kua dgn kwn2 lelaki jer..xade mslh sgt dlm menjage perbatasan nim.."

hmm..berfikir pjg dri ini memikirkn hal yang dianggap remeh oleh segelintir org..ya ALLAH..malu nye diriku..hal itu sesungguhnye,bukan shj terjadi pd nazim..ttp jg terjadi pd driku samada sedar atau tidak..juga terjadi pd teman2 sekelilingku..ya ALLAH aku malu...

**duhai hati..marilah kita berfikir..bertempatkah rs malu itu??? >>adakah kita malu untuk berubah menjadi hamba yang taat n soleh?? bimbang kita akn hilang teman yg selama ini mendampingi kita??? >>adakah kita malu untuk membataskan pergaulan kita??? bimbang dikatakan tidak tahu bersosial??? >>adakah kita malu untuk menjaga pandangan, perlakuan dan pemakaian??bimbang dikatakan oleh teman2 tidak 'up to date'??? >>adakah kita malu untuk mengajak teman2 untuk bersolat diawal waktu??malu pada teman2 untuk menegur mereka kearah kebaikan??..ya ALLAH..lemahnya kita..lemahnya pemikiran dan iman kita..astaghfurullah hal azim

seharusnya kita malu..malu kerana sering melakukan dosa..malu kerana tidak menjaga masa solat..malu kerana sentiasa menginginkan suka ria yang mengalpakan..yang menjadikan kita lupa..semestinya kita malu pada diri sendiri yang berterus-terusan tanpa malu untuk melakukan dan mengulangi kesilapan,lebih memalukan kita melakukan secara terang terangan,ya ALLAH..malunya kita kerana menjadikan dunia tujuan utama..

ya ALLAH malunya diri ini kerana pernah merendahkan yang lain sungguh pun sekadar bergurau..daku bimbang ya ALLAh..saat itu Engkau merendahkan diri ini lebih rendah dari mereka yg kupandang rendah itu...ampunkan daku..sesungguhnya kita tidak pernah tahu akan darjat seorang hamba disisiNYA..

malunya kerana tidak mengikut sunnah Rasul..ya ALLAH jgn jadikan daku islam atas dasar warisan..moga dikekalkan nikmat islam n iman ini dalam diriku..~amiin


adakah maluku selama ini bertempat?????

doa pembuka hati;
" Ya ALLAH, berikanlah aku pemahaman dan peliharalah aku dari kejahatan diri sendiri"
amiin ya rabb.."

moga kita sama2 muhasabah diri dan terbuka hati untuk menjadi seorang hamba yg lbh baik..mmg betul kita banyak kekurangan..tp sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi yg lebih baik..bukan atas lafaz semata tp berdoa lah supaya mampu dilaksanakan..
"sekian~BerteMpatkAh malu kita SeLAMA ini"








....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...