Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Tuesday, August 9, 2011

jom imbas tajwid 1-Hamzah Wasol

Assalamualaikum.w.b.t

Salam penuh kegembiraan buat semua teman2..

Alhamdulillah, dalam bulan yang baik lagi mulia ni, mesti ramai yang bertadarus dan menambahkan amalan dengan membaca Al-quran. Jom kita imbas kembali asas hukum tajwid yang telah kita belajar lama dahulu dari zaman sekolah rendah agama sampai ke Universiti.

saya tidaklah arif dalam nahu arab terutama dalam cara bacaan al-quran,apa yang saya pelajari saya kongsikan

Hari ini, di slot imbas tajwid, saya nak membicarakan mengenai ‘Hamzah Wasol’.


Pengertian:
Hamzah wasol secara ringkas adalah huruf hamzah yang wujud diawal kalimah sahaja,barisnya kekal ketika memulakan bacaan dan gugur ketika diwasolkan-dipertengahan ayat (wasol bererti sambung).

Berbeza dengan hamzah qata’(*), hamzah qata adalah hamzah yang kekal barisnya samada diawal, ditengah dan diakhir kalimah.

Pentingnya untuk mengetahui cara untuk membariskan kalimah yang dimulakan dengan hamzah wasol ni sebab kalau tersalah baris berubah maknanya.

Sesetengah orang hanya membuat kesimpulan mudah dengan membariskan ayat yang dimulakan dengan hamzah wasol mengikut huruf yang ketiga didalam kalimah tersebut. Ya, memang betul, ini merupakan salah satu cara untuk membariskan kalimah yang mengandungi hamzah wasol tetapi tidak diaplikasikan untuk semua kalimah yang bermula dengan hamzah wasol.

Justeru itu, mari kita selidiki satu persatu:


CARA MEMBARISKAN HAMZAH WASOL
  • 1-Jika pada perkataan nama (hamzah wasol bertemu lam menjadi-( LA )-alif lam ma’rifah), perkataan ini dimulakan dengan membariskan hamzahnya dengan baris diatas. Seperti contoh berikut:
cara sebutan: As-Shamsu--------- Alqamaru---------- Alhamdu
  • 2-Jika huruf ketiga bukan asli(mendatang/kata terbitan-untuk yang siapa belajar nahu arab,sila perbetulkan saya kalau silap) maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris dibawah seperti contoh berikut, walau pun pada huruf ketiga tu berbaris atas;

cara sebutan 1) izhab
2) ihdina
  • 3-Jika huruf ketiga berbaris dihadapan, lazimnya hamzah wasol akan dibariskan dengan baris hadapan seperti contoh dibawah:
cara sebutan: Uqtulu

harapan saya walapun ringkas, harap dapat difahami dan membantu dalam bacaan kita, saya yakin kita semua tahu, tapi tidak salah untuk kita mengulangkaji kan??sedangkan lagu hit masa kini pun boleh diulang dengar sekerapnya apatah lagi untuk kita mengulang kaji ilmu indah ini..
setakat ini dahulu..

p/s: ilmu ALLAH itu indah, ia tidaklah sewenangnya disebut sebarangan

9 comments:

  1. naj, yg no.2 tue, huruf bkn asli 2 gane ea cth die..

    ReplyDelete
  2. to bdkkacamata kiut..hehe..ni ape yg naj blaja la..bukan asli tu maksudnye bukan dari kata asal, macam contoh naj bg kt pic tu, izhab tu kate terbitan bagi zahaba(zahaba mksudnye pergi), jadi ble tambah huruf die jadi kata terbitan(bukan kata asli la)..tp pesanan ustz Abdillah Hisham, lazimnya untuk huruf ketiga dalam kalimah yg bermula dengan hamzah wasol nim yang berbaris bawah atau atas akan dibariskan hamzah wasol dgn baris bawah..hrp dpt bantu..(^^)..

    ReplyDelete
  3. bgs la kak naj.. dh lme x blaja tajwid.. rindu lak.. by the way, buat la lgi entri2 cmni.. senang skit nk recall.. hehe.. may Allah bless

    ReplyDelete
  4. naj..hem..nice entry nie..recall balik pe yg dh blajr dulu..=)

    ReplyDelete
  5. entry yg sgt bergune..keep it up ye..

    ReplyDelete
  6. sgt berguna entry ni..kdg2 keliru jugak bila depan xde baris tu :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Jika huruf ketiga berbaris dihadapan, lazimnya hamzah wasol akan dibariskan dengan baris hadapan kucuali jika huruf ketiga berbaris dihadapan itu diikuti huruf "wau" (huruf keempat)maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris dibawah seperti contoh Surah Al-Ahqaaf, Ayat 4.
    Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah atas perkongsian Aspa..tambah lagi ilmu...syukran..(^^)

    ReplyDelete

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...