Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Tuesday, November 22, 2011

sedikit tinta bicara perkongsian- siri 1


Assalamualaikum.w.b.t
salam bahagia duhai teman2 semua..

apa habaq???ecece..cakap kedah plak..hehe

so..hari ini, saya mencelah sedikit waktu
untuk mencoretkan tinta inspirasi

Alhamdulillah..
sejak balik dari program santai bersama Prof. Dr. Muhaya..
saya dapat rasa kelainan dalam diri..


oleh itu..
dengan rendah hati saya ingin teman2 turut merasakan
dan menikmatinya..

usai program tersebut..
saya memeluk bonda, saya katakan padanya

bahawa kejutan tempoh hari adalah hadiah yang kecil buat bonda
berbanding kasih sayangnya pada saya

Inspirasi dr Prof:
1- jika kita ingin bahagia, maka kita bahagiakanlah orang lain.

saya meneliti bait kata itu..benar..
kita akan merasa bahagia bila melihat orang yang kita sayang turut bahagia..
kata beliau lagi, semakin banyak kita memberi, hidup kita menjadi semakin bahagia,
sekiranya apa yang kita lakukan bukan lah dengan harapan untuk mendapat penghargaan dari manusia..tapi mendapat keredhaan ALLAH

paaaaang!!! terpana saya..
"ya ALLAH, terkadang pernah diri ini melakukan sesuatu, kerana
untuk dilihat oleh manusia- Astaghfirullah"

beliau memanjangkan bicara..

kita akan turut bahagia, bila kita menyenangkan hati manusia disekeliling kita..

BENAR lagi!!!

cukup mudah konsepnya..

*nak orang sayang kita, kita pun kena sayang orang dulu..
*tak nak dengar pensyarah marah sebab tak siapkan assingment,
maka buat lah kerja yang diberi tu..
*nak orang senyum kat kita, maka senyum la pada orang terlebih dahulu..
*ingin ibu ayah mengingati kita,
maka kita terdahulu perlu mengingati mereka,
jangankan kerana duduk jauh,
menjadi alasan untuk kita tidak mengambil peduli atau tidak menghubungi mereka..
*ingin dihormati, maka kita dahulu perlu menghormati..



KONSEPNYA:

jika kita inginkan sesuatu, apa kata kita yang terlebih dahulu memulakannya

SUBHANALLAH..

itulah konsep yang sy ingin kongsikan
dari apa yang saya terima masa program tersebut.

senang je untuk berbakti pada orang tua
buat yang mudah dahulu...(^^).. tapi yang susah jgn langsung tidak diendahkan, OK??

*******bersambung pada siri seterusnya*****

P/s: Alhamdulillah, sekarang saya berubah sedikit demi sedikit,
bonda juga kelihatan senang melihat perangai saya..
insyaALLAH, menuju untuk menjadi anak solehah-amiin
** gambar saya dan bonda,
di auditorium taman kebudayaan kuala ibai (^^)**
BONDA DIRUMU INSPIRASIKU

Wassalam

No comments:

Post a Comment

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...