Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Showing posts with label imbas tajwid. Show all posts
Showing posts with label imbas tajwid. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

imbas ayat2 cinta dariNYA


Assalamualaikum.w.b.t
Salam kecerian buat teman2 blogger dan pembaca

dah lama tak update blog..
jadi, hari ni..Naj nak kongsikan tentang
satu surah dalam Al-quran..

Mari kita mendalami sama2...

..


Maksudnya:

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

1-Demi (buah) tin dan (buah) Zaitun
2-Demi Gunung Sinai
3-dan demi negeri (Makkah) yang aman ini
4-Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
5-kemudian, kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya
6-kecuali orang-orang yag beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya
7-Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8-Bukan kah ALLAh hakim yang paling adil?

-SadokallahhulAzim-

mesti ada yang tertanya...
**kenapa ada bintang dihujung ayat lapan???

ayat lapan itu, adalah satu pertanyaan, maka seharusnya setelah membaca surah ini, sebaiknya kita menjawab seperti yang diatas**..

yang bermaksud:: ya,benar..dan aku menjadi saksinya..

indahkan Bahasa Al-Quran???Subhanallah..
semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat disebarkan..amiin

kalau kita dengar imam masjid baca surah ni..dalam sembahyang, kita pasti dengar akan tambahan ayat ini..

perkongsian dari Ustaz Abdillah Hisham dan Abah saya (Hj.Mohammad)

semoga entri kali ini memberikan tambahan ilmu buat kita semua untuk meningkatkan amalan
InsyaALLAH...

P/s: selamat memenuhi malam2 terakhir ramadhan dengan perkara berfaedah..hiyaaaaaa!!!chaiyok2!!!
Wassalam..




Tuesday, August 9, 2011

jom imbas tajwid 1-Hamzah Wasol

Assalamualaikum.w.b.t

Salam penuh kegembiraan buat semua teman2..

Alhamdulillah, dalam bulan yang baik lagi mulia ni, mesti ramai yang bertadarus dan menambahkan amalan dengan membaca Al-quran. Jom kita imbas kembali asas hukum tajwid yang telah kita belajar lama dahulu dari zaman sekolah rendah agama sampai ke Universiti.

saya tidaklah arif dalam nahu arab terutama dalam cara bacaan al-quran,apa yang saya pelajari saya kongsikan

Hari ini, di slot imbas tajwid, saya nak membicarakan mengenai ‘Hamzah Wasol’.


Pengertian:
Hamzah wasol secara ringkas adalah huruf hamzah yang wujud diawal kalimah sahaja,barisnya kekal ketika memulakan bacaan dan gugur ketika diwasolkan-dipertengahan ayat (wasol bererti sambung).

Berbeza dengan hamzah qata’(*), hamzah qata adalah hamzah yang kekal barisnya samada diawal, ditengah dan diakhir kalimah.

Pentingnya untuk mengetahui cara untuk membariskan kalimah yang dimulakan dengan hamzah wasol ni sebab kalau tersalah baris berubah maknanya.

Sesetengah orang hanya membuat kesimpulan mudah dengan membariskan ayat yang dimulakan dengan hamzah wasol mengikut huruf yang ketiga didalam kalimah tersebut. Ya, memang betul, ini merupakan salah satu cara untuk membariskan kalimah yang mengandungi hamzah wasol tetapi tidak diaplikasikan untuk semua kalimah yang bermula dengan hamzah wasol.

Justeru itu, mari kita selidiki satu persatu:


CARA MEMBARISKAN HAMZAH WASOL
  • 1-Jika pada perkataan nama (hamzah wasol bertemu lam menjadi-( LA )-alif lam ma’rifah), perkataan ini dimulakan dengan membariskan hamzahnya dengan baris diatas. Seperti contoh berikut:
cara sebutan: As-Shamsu--------- Alqamaru---------- Alhamdu
  • 2-Jika huruf ketiga bukan asli(mendatang/kata terbitan-untuk yang siapa belajar nahu arab,sila perbetulkan saya kalau silap) maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris dibawah seperti contoh berikut, walau pun pada huruf ketiga tu berbaris atas;

cara sebutan 1) izhab
2) ihdina
  • 3-Jika huruf ketiga berbaris dihadapan, lazimnya hamzah wasol akan dibariskan dengan baris hadapan seperti contoh dibawah:
cara sebutan: Uqtulu

harapan saya walapun ringkas, harap dapat difahami dan membantu dalam bacaan kita, saya yakin kita semua tahu, tapi tidak salah untuk kita mengulangkaji kan??sedangkan lagu hit masa kini pun boleh diulang dengar sekerapnya apatah lagi untuk kita mengulang kaji ilmu indah ini..
setakat ini dahulu..

p/s: ilmu ALLAH itu indah, ia tidaklah sewenangnya disebut sebarangan

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...