Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Wednesday, December 29, 2010

~mereka yang kita lihat bersahaja~

Lewat petang tadi..ku renung jauh dibalik jendela bertirai biru laut, ada rintik2 hujan dan udara yang nyaman..terkadang kutersenyum..terkadang hiba..jiwa berubah bagai cuaca..
"Apa erti semangat sebenarnya???"
hmm..jauh disudut hati,bermonolog sendiri lagi..

Cuba anda jwb,apa yang anda maksudkan sebagai semangat..atau bersemangat??.Adakah ia sesuatu yg kita lakukan dgn bersungguh-sungguh?adakah bila kita melakukan sesuatu kerja tanpa henti???itukah semangat???!! Aku lah penyoal..lantas aku jua yg menjawab..

hidup ini aku lalui bersama pelbagai rencah meskipun kutahu apa yang kulalui ini jika diibaratkan pena,ia baru memulakan penulisan dibahagian pendahuluan.Semangat yang kucari itu sebenarnya slm ini ada disisi,dekat hingga tidak menyedari.Alam itu ada semangatnya,kisah hidupku adalah jua semangat bgku,wajah bonda dan ayahanda,semuanya semangat dalam jiwa.Cinta yang Maha Esa,memberiku semangat yang tidak tersangkal.

Aku hanya ingin mengajak teman2 berfikir.Apa tujuannya kita disini?..disini,ya dibumi ini.Kita hidup tidak lama,entah2 esok terpadam dibalik mata tapi bukan bererti kita harus meninggalkan terus dunia dan ddk berteleku disejadah sahaja.Tidak!bukan itu yang kumaksudkan.

Bertanyalah diri,sempurnakah amalan ku??bacaan solat ku,benarkah tajwidnya??Sujud,rukuk ku adakah menepati rukunnya??adakah saat itu hatiku tertumpu hanya padaMU??Ya Allah,bila difikirkan,aku rs kerdil disisiMU..baru menyentuh perihal solat..bermacam kekurangan

saat kutermenung,terdengar suara bonda mengalunkan ayat suci al-quran.lantasku terfikir perihalnya. Bonda,anakmu ini kau didik sedari kecil. Kau sekolahku tika aku mula mengenal A,B,C..tika aku mahu mula belajar Aaa,Baa,Taa..tika aku mula membilang satu dua tiga..Sekali lagi aku berfikir,sempurnakah aku sebagai anakmu duhai bonda??adakah aku pernah menjadikan derai air matamu kerna kecewa padaku??sungguh jika ku terbayang airmatamu,hatiku turut luluh..maafkan daku bonda.YaALLAH,ampunkan dosa2ku.ampunkan dosa kedua ibu bapaku,kasihi mereka seperti mana mereka mengasihiku~amiin

Duhai teman,mari kita muhasabah diri,agar kita sentiasa menyemarakan bara semangat yang ada.Jangan ia terpadam terus menjadi abu.Ayuh teman!Renung wajah bonda kita,kedutan diwajahnya tidak sedikitpun mencacatkan kecantikannya,tulus dan meresap kejiwa.Jauh mana pun kita,wajah bonda akan muncul dibingkai minda.Renungkan pula wajah ayahanda..jika ketegasannya selama ini menjadikan kita jauh dr mendekatinya.Maka pulang nanti,saat dia terlena dikerusinya,renungkan wajahnya,sedikitpun tidak ada garangnya,bahkan sayu yang dikau rasa kerana selama ini,tangan yang tegas itu yang mencari rezki..kerana selama ini,tangan itu yang menadah doa pada Ilahi,tapi pernahkah kita tahu itu??Maka teruslah membina semangatmu..bukan kerana cinta si uda dan dara..bukan kerana cinta dikampus yg memberi dikau semangat tapi mereka yang selama ini kita pandang bersahaja..

renung duhai teman,bila kali terakhir kita mendoakan mereka..??kita kadang terlupa dek mengejar masa..usai solat kita terburu menutup sejadah..kemudian berlari mencari keseronokan yang sementara..jadi, benarkah kita mendoakan mereka??ikhlaskah kita??..ingat teman..jika hari ini kita melakukan sesuatu tugasan atau menghadapi peperiksaan,dengan sedaya upaya kita laksanakn,tetapi akhirnya gagal..kenapa??mungkin salah satunya tiada restu dr mereka,ayah dan bonda...beringat jua duhai teman,jika hari ini kita jarang mendapatkan restu dr mereka,jika hari ini kita menyebabkn mereka kecewa,jika hari ini kita melawan kata..langkaukan pandangan kita ke masa hadapan.. saat kita menjadi orang tua,balasannya,anak kita akan menjadi dua kali ganda perangainya dari kita,bahkan lagi buruk perangainya~Nauzubillah

Ayuh teman,tinggalkan cinta dunia sementara,pengharapan yang terkadang sia2..
malam ini,atau malam seterusnya,gagahkan diri..bangkit dari beradu disepertiga malam,berdoa,bertaubatlah...doakan ayah bonda.doakan keluarga..doakan teman2 dan kaum muslimin semua..moga bila kita berusaha menjadi ank yg soleh,maka dikurniakan kita zuriat yang soleh jua~amiin,insyaALLAH..

"Rabbana hablana min azwajina qurrata a'yun..waj'alna limuttaqina imama-al-furqan:74"

Sekian~kerana sebenarnya "mereka" yang kita pandang bersahaja itulah pemberi semangat utama!!




3 comments:

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...