Salam sayang buat semua..
Apa ek yang menarik hari ni???
kawan-kawan tahu tak,dalam banyak2 bunga, bunga ape yang boleh dimakan dan enak rasanye????teka la..hehe
Emmm…bunga lawang???ish itu untuk buat masak rempah boleh la..
Emmm…bunga cengkih.memang la boleh makan tapi pedas berangin tu..
Lagi… bunga ape ek????
HAAAAaaaaa..ada satu species bunga ni yang boleh kita makan tau,nama saintifiknya adalah Hibiscus sabdariffa atau lebih sinonim dipanggil dengan bunga rosel..mama saya panggil buah ribena Malaysia..sebab bila buat air,rasanya tak ubah macam air ribena yang jual kt pasaraya tu..
Bunga atau buah rosel ni banyak khasiatnya. Ia dijadikan sebagai salah satu sumber minuman yang mempunyai antioksidan kerana kaya dengan vitamin C dan A serta zat mineral.
Para penyelidik tempatan juga membuat kajian dan telah menghasilkan teh bunga rosel yang mampu mempercepatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Berita baik untuk mereka yang mementingkan kecantikan kerana buah ni turut member kesan awet muda.Selain dibuat minuman bunga rosel ni jugak kita boleh buat jem,jeruk,dan jugak jeli. Dek kerana bunga ini menghasilkan warna merah rose yang asli,jadi ia juga dapat dijadikan sebagai pewarna dalam masakan dan minuman.
So,tak payah susah2 beli pewarna kat kedai,petik je dari pokok rosel ni,selamat dan terjamin..kan???!hehe
Hari ni nak ajak kawan2..
JoM kita buat air rosel..
Kena petik bunga rosel dulu dari kebun mama kat depan uma tu…hehe(^^)
Kemudian buangkan bijinya..bahagian kelopak bunga rosel ini dinamakan kaliks
potong hati2 ye..
haaa..ni la biji bunge rosel
Ni la kaliks rosel yang telah dibuang bijinya, bolehla dibilas
Dah siap untuk direbus..sehingga mendidih
warna bunga akan luntur selepas direbus..=)
Biarkan sejuk,campurkan gula..haaa..dah boleh minum
Sedapppppppp!!!
Bunga die pun boleh makan tau..AAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaumm!!!
Okey..ape kate kita pakat2 tanam pokok rosel pulak..huhu..satu aktivit yang menarikkan???
Okey cukup itu buat kali ini perkongsian saya..selamat malam kawan2..wassalam
ollaa..hihi..
ReplyDeletehaah bnga rosel sdp woo air dia..masa praktikal dlu pnh la kutip wat air..sdp mcm ribena juga..hiii
pernah minum housemate buat..besss jugak.. :)
ReplyDeletesalam, boleh sy dapatkan sedikit sumber bunga rosel? sbb sy perlukan untuk projek final marketing sy utk pembelajran. harap dpt bantu
ReplyDelete