Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Pemurah..
Assalamualaikum.w.b.t..salam penuh kasih sayang buat semua teman-teman..
lebih sebulan diri ini menyepi dari menulis..terpuruk hati disudut terpencil..sebulan yang berlalu saya hadapi dengan pelbagai warna..membuatkan saya lebih selesa untuk berdiam..berfikir..dan bukan untuk bertindak..yang ada tika ini adalah hanya dengan rasa kepercayaan..
sepanjang hari saya berfikir..
"ya ALLAH,kalau ini jalan yang telah Engkau tetapkan untukku..maka jadikanlah daku hamba yang bersyukur dan redha atas segalaNYA...jadikanlah hambaMu ini hamba yang terus menerus berusaha kearah yang lebih baik"
sungguh..untuk memperbaiki diri, bukan sesuatu yang sukar..tetapi perlu diusahakan selain berdoa....
diri ini berharap untuk menjadi yang lebih baik,sungguhpun mengerti bahawa diri ini sering dibelenggu kesilapan lalu...
saya mempelajari...apa itu maknanya pasrah..apa itu maknanya sabar..dan apa itu maknanya redha..3perkara yang membawa maksud hampir sama,tapi berlainan penghayatan sebenarnya..
saya mempelajari..pasrah itu membawa maksud berserah,hampir seperti orang yang putus asa,berserah menerima apa yang akan berlaku...pasrah itu,menghampiri kepada kesabaran..
saya mempelajari orang yang bersabar itu darjatnya lebih tinggi dari orang yang pasrah..tetapi redha itulah yang tertinggi diantara ketiga-tiganya..kerana orang yang redha adalah orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi..meredhai tidak sama maksudnya dengan pasrah..apabila dirimu meredhai,maka hatimu tenang setenang-tenangnya..akan tetapi apabila dirimu pasrah,sungguh kamu merelakan tetapi dalam hatimu ada sedikit kekecewaan..
beruntunglah bg mereka yang mempunyai tinggi kesabaranya dan redha akan setiap perkara yang berlaku..
sebenarnya dalam kehidupan ini..kita tidak hidup untuk menyendiri..sekali kita melangkah...terlalu sukar untuk berpatah semula..sekali kita memutuskan..terlalu sukar untuk menarik balik keputusan itu..apa yang kita miliki kini..adalah menghadapinya..kerana kita perlu juga berfikir untuk kepentingan insan yang lain jua..menghadapi..dan cuba untuk memperbaikinya agar menjadi yang lebih baik..tiada siapa yang ingin kesedihan ditengah-tengah kehidupan..maka itu,ciptakanlah kegembiraan...
daku berdoa,semoga apa yang telah berlaku menjadi pengajaran..dan diri ini percaya..ALLAH itu Maha Mengetahui segalanya..DIAlah sebaik-baik perancang...apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat diri kita..
hidup bukan untuk kekal didunia..tapi bahagia disana..hidup bukan mengejar keseronokan semata..tapi untuk mencari erti kenikmatan yang abadi....
selagi DIA memberikan ruang untuk kita bernafas dibumiNYA..selagi itu kita tidak perlu berputus atas untuk memohon keampunan dariNYA..ya..semua punya akal untuk berfikir dan menentukan mana yang baik dan mana yang tidak,maka pilihlah haluanmu,semoga hidup diberkati dan dijauhkan dari murkaNYA...Wallahu a'lam...
Wednesday, April 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
....................mr.panda saya.......................
..Meh..BaCA ni jUge..(^^)
-
Assalamualaikum.w.b.t Salam keindahan dan keceriaan dipetang selasa yang damai je..(^^) YA ALLAH..berkurun tak update blog..NAJJJJJJ!...
-
Assalamualaikum.w.b.t salam keikhlasan buat semua rakan2 blogger.. malam ni saya tak nak nak celoteh panjang.. just nak upload 2 gambar..heh...
-
Assalamualaikum.w.b.t.. Salam kasih sayang buat semua..kerana kasih sayang itu dihadirkan o leh Rabb kepada hambaNYA agar diciptakan kebahag...
thank u Najmiah...=)
ReplyDelete