Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Friday, January 21, 2011

Ketenangan itu,sesuatu yg duit tidak mampu beli

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi Maha penyayang.. Assalamualaikum.w.bt..dan salam ketenangan buat semua...

"semakin kita ke timur....barat akan kita tinggalkan. semakin kita mencari ketenangan..semakin resah kita tinggalkan"

tetiba hari ini saya teringat akan kisah motivasi pagi yang disiarkan diradio IKIM fm..maafkan sy kerana tidak sempat mendengar siapakah nama penceramahnye..tapi pendekatannya cukup mudah dan menyenangkan pendengar...kata beliau..untuk memberi motivasi ketenangan,caranya juga haruslah tenang dan tidak tergopoh-gopoh.,tuturnya harus lembut..benar!!!saya tertarik dengan ucapan beliau..

Kata beliau lagi, ketenangan itu adalah sesuatu yang duit tidak mampu untuk membeli..maknanye kaya-raya apa pun kamu, kamu tidak akan mampu untuk membeli sebuah ketenangan, maka jika kamu dalam kesusahan,berbahagialah kerana ketenangan itu mampu kamu miliki jua..

beliau berkongsi sebuah cerita, ada seorang sahabat menghadapi dugaan saat melanjutkan pelajaran diluar ne
gara.. setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza meski pun ditempat yg sama. sahabat berkenaan yg selama ini duduk bersama keluarga,tp setelah melanjutkan pelajaran ke luar negara,dia merasa bebas sebebasnya..dilakukan semua perkara,yang baik mahu pun tidak,bahkan dia berbangga dengan semua perbuatannya itu. namun saat malam menjelma hatinya terasa ada sesuatu yang kekurangan..jauh dilubuk hatinya..terasa sedih..namun dia tidak dapat menamakan apakah kesedihan yg dihadapinya..maka dia menelefon teman untuk keluar berhibur..tp apabila teman2 sudah pulang, perasaan itu datang kembali menghantui...dia termangu,

"kenapa aku tidak merasa
tenang,aku bisa melakukan apa sahaja tanpa sekatan sesiapa,aku boleh berhibur,aku punya ramai teman untuk menghibur..tapi kenapa gembira itu sebentar..kenapa bukan selamanya.."pada suatu hari,ada sesuatu yg mendetikkan hatinya,teringat akan kewujudan ALLAH yang ESA..dia menagis teresak-esak..sedar akan kesilapan diri..akibat tidak dapat menahan penderitaan jiwa itu..dia bertekad, membenarkan bahawa tiada ketenangan abadi melainkan merapatkan diri pada ALLAH..

pakar motivasi itu mengiakan,bahawa,pangkal ketenangan itu,datangnya dr P
ENCIPTA kita..maka lakukanlah segala yang membawa kebaikan..apa sahaja yang membawa kebaikan,kerana kebaikan itu membawa kita mendekatkan diri padaNYA..maka ketenangan yang akan kita perolehi..dan ketenangan itu adalah pencetus potensi diri..

jangan sia-siakan potensi diri yang terpendam dek kerana keresahan...seperti prinsip "semakin ketimur..ke barat akan ditinggalkan.."

belum tentu melakukan apa yang dikau suka itu membawa kebaikan..dan kemungkinan apa yang dikau tidak suka itulah yang memberi faedah bahkan diredhai..kita sukar untuk melakukan kebaikan kerana ada hasutan yang mengajak kita untuk melakukan sebaliknya... kita sedar..iblis telah berkata, iblis akan menyesatkan anak adam itu,sehingga ke hari pengakhiran..nauzubillah..semoga ALLAH peliharakan diri ini dan kita semua..


setelah mendengar motivasi tersebut,saya termenung..mengiakan kata2 pakar motivasi itu..benar, konsepnya mudah..nak dapat ketenangan buatlah sesuatu yg boleh membawa ketenangan,tp kalau sekadar cakap nk tenang,perbuatan entah apa-apa..macam mana ketenangan itu nk datang...
Maafkan saya teman dan tersayang..jika terkadang-kadang,mengundang keresahan dan tekanan dgn hadirnya diri ini..maafkan daku.bukan niatku menghalang..bukan niatku menekan begitu tetapi terkadang kerana terlalu sayang..diri juga mengaku,ada kekurang yang harus dipebaiki lagi,maka tegurlah hati ku dgn hikmah dan tutur yang lembut...semoga kita semua beroleh ketenangan yang abadi dan hakiki..amiin ya rabb..


berdoalah pada ALLAh..maka DIA akan perkenankan doamu.. BUAT SEHABIS BAIK>>>NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH!!! selamat beramal buat semua yang kusayang..

sesungguhnya kerana sayang itulah diri ini menulis..

No comments:

Post a Comment

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...