Assalamualaikum w.b.t..
salam kebahagiaan buat semua teman2..
memang tersangat lama lah tak meng'update' blog nim..almaklum cuti rayee...hehe
okey..entry dibulan syawal ni mengisahkan perkahwinan junior sekolah menengah saya dulu..
masa raya ke-5(3 september lepas) saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan beliau, iaitu saudara Engku Fahmi..rupe2nye isterinya juga junior saya jugak, memandangkan mereka sekelas masa form 5 dulu..
apa yang menarik mengenai majlis perkahwinan mereka???
huhu..bila saya melangkah kan kaki ke rumah pengantin lelaki, walaupun masa tu dah pukul 4lbh, tp still ramai orang yang datang..see, nampakkan meriahnya..
time nak jumpe pasangan pengantin...berdebar jugak..sebab dulu jumpe pun time sekolah, tup2 dapat tahu, die nak kawin dah, advance betul juniorku ini..TAHNIAh buat beliau dan isteri..
first time tengok pengantin...subhanallah, sweeeeeeeeeeeeeeeeetnyee mereka.. berpakaian hijau sedondon, ringkas tapi ada seri diwajah mereka tanpa make-up dan perhiasan bagai. sederhana tapi cukup menampakkan kebahagiaa yang terserlah..
soalan cepucemas yang sempat saya ajukan kepada pengantin adalah..
"korang ni, ada 3 tahun lagi belajar, sorang duk mesir(si suami), sorang duk Jordan(si isteri)..tak pe ke duk jauh2 ni.."..
jawab sisuami sambil memegang tangan isterinya.." yang jauh tu adalah jarak, tapi masing2 sentiasa dekat dihati..so tak kesah la berjauhan sekejap.."..
waa...mesti isteri die terharu dengar ucapan suaminya..huhu..
semoga perkahwinan yang berlangsung dibulan yang mulia ini akan terus berkekalan sampai ke Syurga..amiin..~CINTA SAMPAI KE SYURGA~berkahwin diusia muda, semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH dan mendapat ketenangan dalam kehidupn dan beribadah..
Barakallahufikum wa baraka alaih...amiin..
simple tapi berseri sangat..!!!(^^)
Ambil berkat tu..hehe..sebab pengantin perempuan bagi bunga kat saya..hehe
**semoga perancangan untuk saya mendirikan 'masjid' tahun hadapan diberikan kemudahan oleh ALLAH,amiin..(^^)..insyaALLAH
wassalam(^^)