Thursday, August 25, 2011
imbas ayat2 cinta dariNYA
Monday, August 22, 2011
doodle buat miss nadrah
Saturday, August 20, 2011
kReatif maSa bersama anak2 comEL(^^)
Thursday, August 18, 2011
trial FInal year project -kisah 1
Assalamualaikum.w.b.t..
salam penuh kecekalan buat semua pembaca
.simple je entri hari ini..berkaitan FYP (final year project) saya..Trial untuk buat media untuk culture bacteria..
macam2 ragam jugak la..nasib baik saya di bantu oleh dua orang akak lab asistance yang baik hati..Kak Azie dan Kak Fariha..
ulang alik ke bilik mereka kat makmal tu untuk tanya macam2 bende..
kemudian saya pulak yang ditanya balik..
Waaaaa..ternganga saya nak jawab..
banyak rupenye yang perlu diambil tahu untuk laksanakan FYP ni.
cuti sem yang berbaki ni saya akan gunakan peluang yang ada untuk blaja teknik2 je dulu..
tak apala lambat..asalkan saya dapat hasilkan yang terbaik...
insyaALLAh..
saya berusaha dengan semampu saya..hiiiyaah!!!(buat pom-pom tiger!!hikhik)
nak dijadikan cerita..lepas prepare media,tup2 dapat email dari Dr.John...RUPAnya saya tertinggal satu step untuk buat solution...so..apa lagi..repeat jangan tak repeat..haha
apa2 pun.. saya banyak belajar bende baru hari ini..
*belajar bertanya dan jangan malu bertanya kalau betul2 tak tahu..dan kalau lupa pun kena tanya!!!
*kena sabar untuk tunggu mesin Autoclave dan untuk beberapa pertukaran bahan dan sample..kena sabar untuk berulang alik-jumpe Prof-Jumpe Dr-Jumpa akak Lab asstnce-cari journal..
*yang penting!! kena buat research dengan penuh teliti(sebab tadi banyak soalan dari akak tu saya tak tahu nak jawab)..huhuhu..
semoga dipermudahkan urusan saya untuk belajar dan buat yang terbaik dikalangan yang terbaik!!!amiiin...
ok la..sekadar coretan dikala kepala tengan pening..hehe
okela..Mr.panda cakap..saya dah letih sbb tu kena rehat dulu,,huhu..
oke-doke..tata
wassalam
Monday, August 15, 2011
kHas buat kaMu teMan...
Saturday, August 13, 2011
....dOa TauBat...
salam penuh kasih sayang buat semua teman..
muhasabah diri bersama:
Kita sering melakukan dosa..tapi DIA..tidak pernah melupakan kita..dikurniakan segala nikmat yang tak terhingga..terkadang tak mampu kita balasnya..
Marilah sama2 kita memohon kempunnan dariNYA..kerana kita tidak mengetahui,apakah esok masih milik kita…..sesungguhnya pintu pengampunan ALLAH itu Maha Luas..
doa nabi yunus:
Wednesday, August 10, 2011
Alahai sepupuku..alahai iparku..
Assalamualaikum.w.b.t
Salam manis buat teman2..hadiahkan orang disekeliling anda sebuah senyuman yang lahir dari hati, wow!CHOMELnyeeeee senyuman kamu itu..(^^)
dalam slot ketahui HUKUm hri ini, ada satu perkongsian yang ingin saya utarakan (eh timur la…hehe) tentang permasalahan yang sering dipandang enteng oleh masyarakat kita.
Tahu tak hukum dan batasan aurat antara sepupu lelaki dan perempuan???? Tahu tak batasan aurat antara ipar duai????
Haaaa...??? tak tahu??betul ke tak tahu ni???
Tak ape..kalau tak tahu atau terlupa..mari kite buat ‘refresh’ kat sini
Hukum dan batasan aurat lelaki dan perempuan bagi yang mempunyai pertalian sepupu ni sama sahaja seperti hukum dan batasan aurat antara lelaki dan perempuan bukan muhrim begitu juga hukumnya dengan ipar duai lelaki dan perempuan.
****************************
Pernah tak terjadi adegan ini?? Antara sepupu.
En. F :: “Eh, sepupuku datang la..mari2 masuk..semua ada hari ni”
Pn. K: : “Wow..ramai ni, macam raya pulak..”
Sedang bersembang, terasa panas la pulak.
Pn. K..tanpa segan silu:: “buka la tudung, apa salahnye..kan sepupu je..dah anggap macam adik beradik..”
En.L, suami Pn.K, langsung tidak beriaksi apa2. Pada dia itu situasi biasa. Detik hatinya “isteri aku pakai je tudung kat luar, lagipun, ni sepupu die,tak salah”
********************
TOLONG!!!jangan jadikan situasi ini berulang pada diri anda!! Kuatkan diri kita.. Kalau punya kekuatan tegurlah mereka, selemah2 iman berdoa dalam hati, agar diberikan petunjuk oleh ALLAH pada kita dan mereka yang kita sayang ini.
Apa permasalahan dari cerita diatas??
Hukumnya HARAM mendedahkan aurat walaupun pada sepupu sendiri tak kira lelaki atau perempuan dan BERDOSA.
SEKALI LAGI..TOLONG !! jangan kata situasi itu TIDAK SALAH..yang sememangnya adalah SALAH..!!!
Pertalian sepupu itu, tidak sesekali menggugurkan batasan aurat yang sepatutnya dijaga.
Kerana itu Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu meskipun tidak digalakkan. Begitu juga pertalian ipar duai.
Kalau anda kata “eh, kami ANTARA SEPUPU dah kenal dari kecik,dah rapat sangat, dah macam adik beradik dah,langsung tak ada niat nak kawin pun.. kena tutup aurat jugak ke??”
Jawabnya:..iye…WAJIB!!..HUKUM TETAP HUKUM..DOSA TETAP DOSA..Islam itu indah, tersangat INDAH hanya yang berhak melihat auratmu adalah mereka yang mempunyai pertalian muhrim denganmu..barangan yang berharga mestilah disimpan rapi dan bukannya dibiarkan terdedah walaupun pada sepupu sendiri..
Habis tu..pasal ipar duai..macam mana pulak???
Iye…jawapan tetap sama..abang ipar lelaki(of coz la lelaki,name pun abg ipar) auratnya dengan adik ipar perempuan mesti dijaga..sama hal juga batasan aurat antara kakak ipar dengan adik ipar lelaki
Kalau anda kata… “laaaa..dia kan abang ipar saya..takkan kena pakai tudung jugak, dia kan dah kahwin dengan kakak saya?”
Anda kata lagi:…. “haish..itu kan adik ipar saya dan saya kan kakak ipar dia, takkan kena pakai tudung juga??”
Dalam Islam, hukum tetap sama..kerana apa?? Islam itu sangat menjaga, apabila aurat dijaga, terhindarlah dari berlakunya kecurangan anatara ipar duai, berlakunya kes2 adik ipar memadu kasih dengan abang ipar sendiri dan sebaliknya..(lihatlah..sekali lagi, Islam itu INDAH,sentiasa memastikan keharmonian umatnya)..
dan jugaSeandainya pertalian antara abang ipar dengan kakak kita terputus hidup atau mati(mati itu pasti terjadi pada setiap manusia, tapi bercerai talaq tu mintak dijauhkan, Nauzubillah)..maka dalam Islam dibenarkan bekas abang ipar untuk berkahwin dengan adik isterinya dahulu atau kakak ipar berkahwin dengan adik lelaki suaminya dahulu.
Jangan dikatakan Islam itu membebankan, ada sebab musabab hukum diturunkan..berfikirlah dengan sedalamnya, jangan tepuk dada tanya selera..(kalau ikut selera,sentiasa menginginkan keseronokan semata2) tapi tepuk dada, tanya lah iman kita pada tahap mana ia diletakkan..
Janganlah kita sewenangnya mengambil mudah akan hukum dan batsaan aurat sesama kita..
Semoga ALLAH membuka hati kita untuk berubah lebih baik. Amiin insyaALLAH..
Segala teguran tidak ditujukan pada mana2 pihak, ia juga teguran buat diri saya juga..
***************************************
P/s: bila kita nak buat baik, terus buat, jangan tangguh-tangguh..bila kita terlintas untuk buat baik, terus buat, jangan tunggu, kerana lintasan pertama tentang kebaikan datang dari hati yang suci. Contohnya..
Hati terlintas nak menderma sebaik sahaja terlihat tabung masjid, apabila duit dikeluarkan, kita pun terfikir, eh, bagi separuh je la..separuh lagi boleh buat beli barang lain.Last2 langsung tak menderma kerana bermacam alasan timbul.
Sesungguhnya lintasan hati yang kedua itu adalah dari bisikan syaitan agar kita tidak berbuat kebaikan .
..Wassalam..
Tuesday, August 9, 2011
jom imbas tajwid 1-Hamzah Wasol
Salam penuh kegembiraan buat semua teman2..
saya tidaklah arif dalam nahu arab terutama dalam cara bacaan al-quran,apa yang saya pelajari saya kongsikan
Hari ini, di slot imbas tajwid, saya nak membicarakan mengenai ‘Hamzah Wasol’.
Berbeza dengan hamzah qata’(*), hamzah qata adalah hamzah yang kekal barisnya samada diawal, ditengah dan diakhir kalimah.
Pentingnya untuk mengetahui cara untuk membariskan kalimah yang dimulakan dengan hamzah wasol ni sebab kalau tersalah baris berubah maknanya.
Sesetengah orang hanya membuat kesimpulan mudah dengan membariskan ayat yang dimulakan dengan hamzah wasol mengikut huruf yang ketiga didalam kalimah tersebut. Ya, memang betul, ini merupakan salah satu cara untuk membariskan kalimah yang mengandungi hamzah wasol tetapi tidak diaplikasikan untuk semua kalimah yang bermula dengan hamzah wasol.
Justeru itu, mari kita selidiki satu persatu:
Monday, August 8, 2011
...upgrade!!!!....
hari ni..sementara buat keje, saya upgrade blog saya..supaya nampak pemandangan yang ceria kalau ada yang sudi melawat..
saya suke melukis.
.alhamdulillah, dapat juga lukis sendiri header untuk page saya...
so lepas ni nak update lagi..
before terhasil header tu,
saya ade cube2 buat try lukis dan conteng2
untuk dapatkan idea..so,ni cetusan idea pertama..tadaaaaaaa:
kemudian..
terus mencuba untuk..
kali ni yang serius punye..
tak main2 dah..hehe..(^^)..ni la hasilnyeeee:::::
okey la..buat teman2..
terima kasih selalu menyokong saya untuk berblog..nak buat special thanks kepada::::::
terima kasih buat-
**kak Nad..
dan **atika..
tak lupe, buat **tunang saya
,sebab dari die banyak idea n cerita yang keluar untuk menulis..
kalau bukan sebab diorang dah lama saya tak aktif berblog,
walaupun entri yang saya buat macam kanak2 sikit
(bukan sikitl la.. tapi banyak kanak2 tu..hehe)..
thaks pada semua teman2
yang rajin untuk singgah sini..
to kawan2 yang baru nak berblog, linda dan yaya..keep it up!!!huhu..
ok la..sambung buat keje..tata,salam sayang..
**wassalam**
....................mr.panda saya.......................
..Meh..BaCA ni jUge..(^^)
-
Assalamualaikum.w.b.t Salam keindahan dan keceriaan dipetang selasa yang damai je..(^^) YA ALLAH..berkurun tak update blog..NAJJJJJJ!...
-
Assalamualaikum.w.b.t salam keikhlasan buat semua rakan2 blogger.. malam ni saya tak nak nak celoteh panjang.. just nak upload 2 gambar..heh...
-
Assalamualaikum.w.b.t.. Salam kasih sayang buat semua..kerana kasih sayang itu dihadirkan o leh Rabb kepada hambaNYA agar diciptakan kebahag...