Assalamualaikum.w.b.t
Salam manis dipetang yang redup ni..
Selamat Ramadhan yang ke 10
Alhamdulillah
Uhhuuuuk..uhuuuk..uhuuuuk..
(apesal tetibe batuk ni..hahaha)
mana taknye??
dah berkurun tak buka dan update
blog ni..ish..ish.. DAH BERHABUK DAH
sejak melangkah kealam perkahwinan---
sejak menjadi isteri---
sejak mula bekerja---
sejak sudah bergelar "Ma" @ ibu kepada
si Comel Aimie Zahrah..
(banyak betul penggunaan 'sejak' tu..)
haha..jarang sangat nak mengupdate blog..hahaha...
Tup----Tup---
dah masuk "RAMADHAN"
Ya Allah cepat je kan masa berlalu..
hari ni nak kongsi perasaan (boleh ker???)
hahaha...
orang pernah tanya..apa perasaan jadi isteri?? apa perasaan jadi ibu??
Perasaan yang pertama sekali..
SYUKUR--ALHAMDULILLAH..
sungguh tak terduga..
apabila bergelar isteri--- rasa syukur, kerana ada si suami yang sudi memperisterikan diri ini
syukur--punya suami yang memahami, baik, penyayang..(habis tu suami tak ada keburukan langsung ke??)
kalau nak diceritakan keburukan.. setiap orang ada..bahkan diri sendiri pun belum tentu merupakan orang yang sentiasa betul dan tidak berbuat kesilapan..
apabila bergelar ibu..Ya Allah tersangat indah perasaan ini..
manakan tidak.. setiap saat apabila menatap sikecil..terasa bahagia..
Saat itu baru kita faham.. bagaimana ibu kita dahulu bersusah payah membesarkan kita..
menjadi seorang ibu..apatah lagi bekerja..memang memerlukan pengorbanan..
pengorbanan WAKTU---TENAGA--EMOSI--KEWANGAN..
mana taknya..
selalu.. ibu la yang akan bersusah payah memandikan anak..
menukar lampin anak..
menyusukan anak.
.( samapikan sanggup pam susu bawah meja meeting room--sebab takde tempat yangsesuai.. hahaha)
.( samapikan sanggup pam susu bawah meja meeting room--sebab takde tempat yangsesuai.. hahaha)
menjaga anak..
bukannya ayah tak pernah..tapi majoritinya kepada ibu..
jadi..bagi diri ini..
sokongan suami sangatlah penting..
walaupun sekadar ucapan semangat yang ringkas..
Buat suami.. jangan ambil mudah terhadap isteri anda ya!!!..hehehe..nampak bende kecil bagi kamu(suami)..tapi amat besar maknanya bagi dia (isteri)
selalulah bersama isteri dalam menguruskan hal anak-anak..
kerana anak itu adalah anak bersama..
susah senang..kenalah bersamakan??
huhu..
Alhamdulillah.. setakat ni.. suami sangat membantu..
lagi lagi masa time nak pergi kerja..
Pagi-pagi.. sementara nak tunggu saya tengah bersiap..
suamilah yang akan tukarkan lampin anak..
suamilah yang siapkan beg susu anak untuk bekal di rumah pengasuh nanti...
suamilah yang akan bermain cak-cak dengan anak..
sabar betul dia..
"Ya Allah kurniakan kepada suamiku kekuatan & kesabaran..
pelihara lah dia ya Allah..
Pelihara Iman & Hatinya.. amiin"
memang adat, kadang-kadang ada jugak perselisihan faham
tapi selagi komunikasi dua hala itu ada--
perbincangan-toleransi-mengambil tanggungjawab-sedia memaafkan..
insyaAllah..semua yang dilalui akan terasa indah..
hummmm.. petang-petang puasa ni..
tak leh celoteh banyak sangat..hehe
apa-apa pun..
selamat berbuka la( walaupun time ni masih awal lagi..baru pukul 4.38 petang)
okey la..
Wassalam..