Pages

.....

Photobucket Photobucket Photobucket

Salju

Tuesday, April 12, 2011

kenapa untuk saya tak ada??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.w.b.t

Semoga semuanya dalam keadaan yang tenang dan dalam keredhaan ALLAH..

hari ini,sekadar untuk berkongsi kisah ringkas saya pada kuliah petang tadi..(^^)..
Petang tadi,saya ade kuliah terakhir untuk kelas Bahasa Arab..sedih jugak..lepas ni dah susah nk jumpe Ustazah Khairon Nisak..suka sangat cara dia mengajar,yang paling saya suka adalah melihat wajahnye..saya lihat die tak pernah memakai sebarang make-up,tapi wajahnya selalu bercahaya,kalau tgk rasa sejuk aje..beruntungnya suami ustazah,huhu..

Ok,berbalik pada kejadian dalam kelas tadi..kami diberikan ujian ringkas dan kemudianye,kami bertukar-tukar kertas ujian tersebut..diberikan kepada rakan2 yang lain untuk ditanda markah..ALHAMDULILLAH,walaupun tak dapat markah penuh,tapi,masih memuaskan.

sebelum dipulangkan kepada tuan asal kertas yang ditanda,kami dikehendaki menuliskan kata-kata semangat pada teman tersebut..bermacam-macam gaya penulisan termasuk juga saya,siap buat lukisan kecil buat teman yg kertasnya saya tanda tu..

tibalah masa kertas dipulangkan kepada tuan masing2..
kawan2 yang lain,ada yang tertawa,gembira..barangkali lucu dengan kata-kata atau lukisan 'cute' yang diterima..tapi..apabila sampai kertas ujian saya..saya lihat kosong...hanya markah aje yg ade..bermakna...tiada kata-kata semangat buat saya..kami pun menyambung pelajaran seperti biasa dalam kelas..

Rupa-rupanye..tanpa saya sedar,ade sesuatu yang lebih istimewa yang saya terima..

lebih kurang macam ni la
1 mesej diterima:..

"Assalam..maaf bagi kertas kosong je..tak tahu nak tulis apa,tak pandai la nak bagi kate2 semangat ni..tapi Abah saya ada pesan..Hidup ini mudah je..Kalau buat Dosa Mohon la keampunan,Kalau dapat Musibah,Sabar..Kalau boleh buat amal,jangan riak..Kalau Boleh Rezeki,Syukur..Semoga Dapat kejayaan dunia akhirat dan semoga dirahmati ALLAH.."

tersenyum saya,insyaALLAH,katenye mudah,tapi penghayatannye mendalam..

terima kasih teman..
sesungguhnya,berpesan-pesanlah dengan kebaikan dan kebenaran....
dan...ALLAH maha mengetahui..apa yang terbaik untuk kita..

Saturday, April 9, 2011

kosong...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.w.b.t..

salam sayang buat semua teman2..

Hari ini sedang dilalui..dan bila menjelang esok,akan ditinggal pergi..

saya buka buku..
tp fokus saya tidak pada bait-bait nota itu..http://www.emocutez.com
kosong..
http://www.emocutez.com
dan muka sudah saya tutup dengan nota dimeja..kosong..http://www.emocutez.com


mungkin,ketenangan untuk saya mengulangkaji tidak saya temui,ya ALLAH,hamba tahu,ilmuMu adalah cahaya,hanya hati yang terang dan tenang sahaja yang bisa menebusi dan menerima nur(cahaya) itu..

semoga semangat yang hilang..keyakinan yang kelam..akan bangkit semula..akan digilap jua..kekuatan ada pada diri kita sebenarnya..kita harus mencari..harus berusaha mencari..kejayaan atau kegagalan itu memang ALLAH yang tetapkan,tetapi bergantung pada pilihan kita,untuk berusaha atau memilih berdiam dan berdoa semata-mata..itulah konsep Qada' dan Qadar..

jadi!!!!saya tidak ingin pandangan kosong ini memamah semangat yang masih berbaki..http://www.emocutez.com
kerana hidup kita bertujuan..bukan untuk disia-siakan...InsyaALLAH..http://www.emocutez.com


Wednesday, April 6, 2011

Belajarlah dari kehidupanmu...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Pemurah..
Assalamualaikum.w.b.t..salam penuh kasih sayang buat semua teman-teman..

lebih sebulan diri ini menyepi dari menulis..terpuruk hati disudut terpencil..sebulan yang berlalu saya hadapi dengan pelbagai warna..membuatkan saya lebih selesa untuk berdiam..berfikir..dan bukan untuk bertindak..yang ada tika ini adalah hanya dengan rasa kepercayaan..

sepanjang hari saya berfikir..
"ya ALLAH,kalau ini jalan yang telah Engkau tetapkan untukku..maka jadikanlah daku hamba yang bersyukur dan redha atas segalaNYA...jadikanlah hambaMu ini hamba yang terus menerus berusaha kearah yang lebih baik"

sungguh..untuk memperbaiki diri, bukan sesuatu yang sukar..tetapi perlu diusahakan selain berdoa....
diri ini berharap untuk menjadi yang lebih baik,sungguhpun mengerti bahawa diri ini sering dibelenggu kesilapan lalu...

saya mempelajari...apa itu maknanya pasrah..apa itu maknanya sabar..dan apa itu maknanya redha..3perkara yang membawa maksud hampir sama,tapi berlainan penghayatan sebenarnya..

saya mempelajari..pasrah itu membawa maksud berserah,hampir seperti orang yang putus asa,berserah menerima apa yang akan berlaku...pasrah itu,menghampiri kepada kesabaran..

saya mempelajari orang yang bersabar itu darjatnya lebih tinggi dari orang yang pasrah..tetapi redha itulah yang tertinggi diantara ketiga-tiganya..kerana orang yang redha adalah orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi..meredhai tidak sama maksudnya dengan pasrah..apabila dirimu meredhai,maka hatimu tenang setenang-tenangnya..akan tetapi apabila dirimu pasrah,sungguh kamu merelakan tetapi dalam hatimu ada sedikit kekecewaan..

beruntunglah bg mereka yang mempunyai tinggi kesabaranya dan redha akan setiap perkara yang berlaku..

sebenarnya dalam kehidupan ini..kita tidak hidup untuk menyendiri..sekali kita melangkah...terlalu sukar untuk berpatah semula..sekali kita memutuskan..terlalu sukar untuk menarik balik keputusan itu..apa yang kita miliki kini..adalah menghadapinya..kerana kita perlu juga berfikir untuk kepentingan insan yang lain jua..menghadapi..dan cuba untuk memperbaikinya agar menjadi yang lebih baik..tiada siapa yang ingin kesedihan ditengah-tengah kehidupan..maka itu,ciptakanlah kegembiraan...

daku berdoa,semoga apa yang telah berlaku menjadi pengajaran..dan diri ini percaya..ALLAH itu Maha Mengetahui segalanya..DIAlah sebaik-baik perancang...apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat diri kita..

hidup bukan untuk kekal didunia..tapi bahagia disana..hidup bukan mengejar keseronokan semata..tapi untuk mencari erti kenikmatan yang abadi....

selagi DIA memberikan ruang untuk kita bernafas dibumiNYA..selagi itu kita tidak perlu berputus atas untuk memohon keampunan dariNYA..ya..semua punya akal untuk berfikir dan menentukan mana yang baik dan mana yang tidak,maka pilihlah haluanmu,semoga hidup diberkati dan dijauhkan dari murkaNYA...Wallahu a'lam...

....................mr.panda saya.......................

..Meh..BaCA ni jUge..(^^)

...